
Anugerah Ahli Akademik Harapan
Anugerah ini bertujuan mengiktiraf kesarjanaan pensyarah UPSI dalam kalangan warganegara Malaysia daripada aspek kecekapan, kemahiran dan keilmuan ahli akademik.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Inovasi PdP
Anugerah Inovasi PdP ini adalah wadah bagi memberi pengiktirafan dan sanjungan terhadap sumbangan kakitangan akademik dalam membangunkan dan melaksanakan inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di UPSI.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Ikon Profesor
Anugerah ini diberikan kepada Profesor yang telah mencapai kecemerlangan luar biasa dalam aspek pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Ikon Profesor Madya
Anugerah ini diberikan kepada Profesor Madya yang telah mencapai kecemerlangan luar biasa dalam aspek pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi, pentadbiran dan pengurusan, sumbangan dan pengiktirafan serta tanggung jawab sosial kepada universiti, masyarakat dan negara.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Ikon Pensyarah Kanan
Anugerah ini diberikan kepada Pensyarah Kanan yang telah mencapai kecemerlangan luar biasa dalam aspek pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi, pentadbiran dan pengurusan, sumbangan dan pengiktirafan serta tanggung jawab sosial kepada universiti, masyarakat dan negara.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Ikon Pensyarah
Anugerah ini diberikan kepada Pensyarah yang telah mencapai kecemerlangan luar biasa dalam aspek pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi, pentadbiran dan pengurusan, sumbangan dan pengiktirafan serta tanggung jawab sosial kepada universiti, masyarakat dan negara.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Ikon Guru
Anugerah yang diberikan kepada seorang pendidik yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang di peringkat Universiti, Kebangsaan atau Antarabangsa.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Ikon Antarabangsa
Anugerah Ikon Antarabangsa merupakan anugerah universiti kepada individu bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu.
Maklumat Lanjut!
Anugerah Ikon Akademia Antarabangsa
Anugerah ini diberikan kepada staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam aspek pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Lanjut!