SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal

ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini diberikan kepada makalah jurnal terbitan UPSI yang berimpak tinggi

KRITERIA PEMOHON:

Anugerah akan dipertimbangkan bagi yang memenuhi kriteria berikut:

  1. Keaslian makalah dan impak kepada bidang ilmu
  2. Sumbangan kepada bidang ilmu,masyarakat dan/atau negara
  3. Mempunyai sitasi Scopus yang tinggi
  4. Peratusan sumbangan pengarang daripada institusi pendidikan tempatan, antarabangsa dan industri
  5. Makalah yang diterbitkan pada 2 tahun terkini
  6. Makalah yang telah memenangi Anugerah ini pada tahun sebelum tidak boleh dicalonkan semula

NILAI HADIAH:

RM 2000 (*Tertakluk pada keputusan RMIC)

Tiada permohonan bagi anugerah ini, penerima adalah ditentukan oleh pihak RMIC