SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Seni dan Kreativiti

ASAS ANUGERAH:

  1. Anugerah ini diberikan kepada pemohon yang telah memenangi anugerah dan/atau menerima pengiktirafan (sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan) dan menyumbang kepada pembangunan ilmu dan/atau kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.
  2. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya. Pemohon perlu mengemukakan anugerah dan pengiktirafan yang berlainan dari permohonan sebelumnya.
  3. Bagi Anugerah Seni dan Kreativiti, pemohon mesti menerima anugerah atau pengiktirafan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa sepanjang 3 tahun termasuk tahun yang dinilai. 

SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon mestilah seorang ahli akademik yang masih aktif dalam bidang yang diceburi dan telah berkhidmat secara kumulatif di universiti tempatan sekurang kurangnya selama 5 tahun. Permohonan mesti dibuat sewaktu berkhidmat di IPT. 

2. Permohonan adalah terbuka kepada pemohon dalam bidang berikut (calon perlu memilih 1 sub bidang spesifik): 
a. Seni Persembahan (sila lihat perincian);
b. Seni Visual, Seni Bina atau Kraf (sila lihat perincian); dan
c. Penulisan Kreatif (sila lihat perincian).

3. Pemohon perlu memastikan setiap item yang dilampirkan adalah dengan bukti berkaitan yang spesifik.

4. Pemohon perlu mengemukakan salinan dokumen anugerah/pengiktirafan
yang diterima beserta maklumat dan latar belakang tentang anugerah tersebut dalam bentuk  pautan Google Drive. 

5. Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan untuk dipertimbangkan pada tahun yang dinilai. 

Nota:
1. Pemohon hanya dibenarkan menggunakan platform Google Drive untuk mengemukakan pembuktian.
2. Bukti dokumen berbentuk video (jika ada) boleh dimuat naik dalam platform Google Drive dan dikemukakan dalam bentuk pautan pada borang permohonan.
3. Semua pautan tersebut perlu diberi akses kepada umum (public).
4. Pemohon tidak dibenarkan untuk membuat pindaan kepada pembuktian selepas tarikh tutup permohonan. 

PERINCIAN BIDANG

Seni Persembahan (Moden, Tradisional dan Inovasi Kontemporari) 

Bidang: Teater
Kriteria:
1. Pengarah
2. Pelakon
3. Sinografi (Tari dan drama) – Pencahayaan, latar hias, reka pentas, busana, kesan bunyi, solekan
4. Skrip
5. Kritikan Teater
6. Sumbangan terhadap korpus ilmu

Bidang: Tari
Kriteria :
1. Pereka tari (koreografer)
2. Penari (moden, klasikal dan tradisional)
3. Kritikan tari 
4. Sumbangan terhadap korpus ilmu

Bidang:Skrin
Kriteria : 
1. Lakon layar
2. Lakonan
3. Pengarahan / Pengurusan
4. Penataan Seni
5. Animasi
6. Sinematografi
7. Suntingan
8. Penataan bunyi (kesan bunyi, runut, foley)
9. Kritikan skrin
10.Sumbangan terhadap korpus ilmu

Bidang: Muzik
Kriteria :
1. Komposisi lagu / lirik
2. Gubahan skor (Termasuk semua kategori komposisi dalam pelbagai ensembel dan media) / penataan muzik (filem, tari, teater, iklan)
3. Kepemimpinan orkestra (Pementasan tahap nasional dan antarabangsa)/koral
4. Pereka dan pembuat alat (Hasil seni tradisional dan moden)
5. Persembahan artis ”virtuoso” (Kemahiran profesional di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa)
6. Penyanyi moden, klasikal dan tradisional
7. Kritikan muzik
8. Sumbangan terhadap korpus ilmu

Terma muzik yang berkenaan:
Komposisi lagu:
1. Muzik popular
2. Muzik filem – muzik tema, muzik latar, lagu nyanyian
3. Muzik eksperimental
4. Muzik seni (art music)
5. Muzik tradisional (klasik dan rakyat)
6. Muzik tarian
7. Muzik Iklan
8. Muzik Animasi
9. Teknologi Muzik

Seni Visual, Seni Bina atau Kraf

Bidang: Seni Visual
Kriteria :
1. Seni Arca
2. Instalasi (gabungan arca, video, lukisan, bunyi dan/atau montaj)
3. Animasi
4. Grafik
5. Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
6. Seni Catan
7. Lukisan (Drawing)
8. Reka Bentuk Produk
9. Seni cetak
10. Fotografi
11. Kurator
12. Sejarah seni
13. Kritikan seni visual
14. Sumbangan terhadap korpus ilmu

Bidang: Seni Bina / Seni Bina Landskap / Seni Reka Dalaman :
Kriteria :
1. Rekabentuk Seni Bina
2. Budaya dan Seni Bina
3. Teknologi dan Seni Bina
4. Komunikasi Seni Bina
5. Kritikan Seni Bina
6. Sejarah Seni Bina
7. Sumbangan terhadap korpus ilmu

Bidang: Kraf
Kriteria :
1. Ukiran
2. Tekstil (tenunan, batik, tekad, sulaman)
3. Logam
4. Anyaman
5. Seramik
6. Barang kemas
7. Sejarah seni kraf
8. Kritikan seni kraf
9. Kostum
10. Sumbangan terhadap korpus ilmu

Penulisan Kreatif / Kritikan Kreatif

Bidang: Penulisan yang diterbitkan
Kriteria :
1. Novel
2. Puisi
3. Cerpen
4. Skrip (drama, TV, filem)
5. Kritikan karya kreatif
6. Kegunaan teks di sekolah
7. Sumbangan terhadap korpus ilmu 

Bidang: Penulisan yang dipentaskan / difilemkan:
Kriteria :
1. Adaptasi Karya Kreatif
2. Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
3. Lakon Layar diterbitkan

KRITERIA PENILAIAN

  1. Untuk permohonan yang berdasarkan anugerah, senarai anugerah antarabangsa/ kebangsaan dalam kategori seni dan kreativiti yang diterima untuk penilaian adalah seperti berikut:

    Anugerah Umum

    o Anugerah Seni Negara
    Seni Persembahan
    o Tokoh Teater
    o Tokoh Tari
    o Tokoh Muzik
    o Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM)
    o KL International Film Festival (FINAS)
    o Anugerah Juara Lagu
    o Anugerah Sri Angkasa
    o Cameronion Arts Award
    o Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    o Erasmus Mundus
    o API Nippon Foundation
    o Dana Industri Kreatif Negara
    o Anugerah Teater Malaysia (JKKN MOTAC)
    o Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa


    Seni Skrin

    o International Film Festival seperti Cannes, Berlin, Venice
    Festival
    o Best Foreign Film (Academy Awards U.S.A)
    o Asia Pacific Film Festival
    o Anugerah Tokoh Perfileman
    o Anugerah Festival Filem Malaysia
    o Anugerah Skrin
    o Anugerah Seri Angkasa
    o Anugerah Indicine
    o Anugerah Malaysian Video Award
    o Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    o Erasmus Mundus
    o API Nippon Foundation
    o Dana Industri Kreatif Negara
    o Multimedia Development Corporation (MDeC)
    o Anugerah Telenovela
    o Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Seni Visual
    o Festival seni antarabangsa seperti Venice Biennale,
    Documenta, Asia Pacific Triennial of Contemporary Art
    o Bakat Muda Sezaman (BMS)
    o Kuala Lumpur Photography Award (KLPA)
    o Nikon Malaysia Photo Contest
    o National Geographic
    o Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    o Erasmus Mundus
    o API Nippon Foundation
    o Dana Industri Kreatif Negara
    o Malaysia Good Design Award (MGDA)
    o Red Dot Design Award
    o Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Seni Bina
    o Aga Khan Awards for Architecture
    o Royal Institute of British Architect Award
    o Anugerah Persatuan Arkitek Malaysia
    o Anugerah Jabatan Landskap Negara
    o Mubin Shepard Memorial Prize
    o Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    o Erasmus Mundus
    o API Nippon Foundation
    o Dana Industri Kreatif Negara
    o REKA Awards
    o Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Seni Kraf
    o Piala Seri Endon (Fesyen)
    o Piala Seri Endon (Soft Furnishing)
    o Piala Seri Endon (Kraf)
    o Jarum Emas / Berlian Utusan Melayu
    o Tokoh Kraf Negara
    o Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    o Erasmus Mundus
    o API Nippon Foundation
    o Dana Industri Kreatif Negara
    o Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Penulisan Kreatif/ Kritikan Kreatif
    o Anugerah Sastera Negara
    o Hadiah MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara)
    o SEA Write Award (Kerajaan Thailand)
    o Tokoh Penulisan Seni
    o Hadiah Sastera Perdana Malaysia (Kerajaan Malaysia)
    o Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
    o Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    o Erasmus Mundus
    o API Nippon Foundation
    o Dana Industri Kreatif Negara
    o Anugerah Telenovela
    o Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan
    dan antarabangsa

  2. Untuk permohonan yang berdasarkan pengiktirafan, senarai pengiktirafan antarabangsa / kebangsaan yang diterima untuk penilaian adalah seperti berikut:
    i.Komisen Karya Seni
    Penilaian berdasarkan nilai dalam bentuk wang

    a) RM100,000 ke atas
    b) RM50,000 ke atas
    c) RM10,000 ke atas

    Glosari: Komisen untuk persembahan, pameran, reka bentuk, gubahan muzik, pengurusan acara dan lain-lain

    ii.Perolehan (Acquisition)
    Penilaian berdasarkan perolehan melalui institusi/connoissieur

    a) Antarabangsa
    b) Kebangsaan dan Korporat
    c) Negeri
    d) Persendirian

    Glosari: Karya yang dibeli oleh/disumbang kepada galeri seperti di atas.

    iii.Penjualan
    Penjualan karya berdasarkan nilai dalam bentuk wang

    a) RM100,000 ke atas
    b) RM80,000 – RM99,999
    c) RM50,000 – RM79,999
    d) RM30,000 – RM49,999

    iv.Tajaan
    Tajaan untuk mengadakan persembahan, pameran, rekaan model, dokumentari dan filem pendek berdasarkan nilai dalam bentuk wang
    a) RM100,000 ke atas
    b) RM60,000 ke atas
    c) RM30,000 ke atas

    v.Kutipan Pecah Panggung (Box Office)
    Berdasarkan kutipan dari tayangan filem / teater

    a. Tayangan Filem
    i) RM5,000,000 ke atas
    ii) RM3,000,000 ke atas
    iii) RM1,000,000 ke atas

    b. Persembahan Teater
    i) RM300,000 ke atas
    ii) RM200,000 ke atas
    iii) RM100,000 ke atas

    vi.Perundingan
    Berdasarkan peringkat seperti berikut:

    a) Antarabangsa
    b) Kebangsaan
    c) Korporat

    Glosari: Pakar Runding dan Pakar Rujuk untuk persembahan, pameran, rekaan, seni bina, seni visual, dokumentari dan filem pendek dan lain-lain.

    vi.Perundingan
    Berdasarkan peringkat seperti berikut:

    a) Antarabangsa
    b) Kebangsaan
    c) Korporat

    Glosari: Pakar Runding dan Pakar Rujuk untuk persembahan, pameran, rekaan, seni bina, seni visual, dokumentari dan filem pendek dan lain-lain.

    vii.Undangan Berprestij
    Berdasarkan persembahan, residensi, pameran, tayangan filem, professor pelawat, kursi professor, perunding, kurator.
    a) Antarabangsa
    b) Kebangsaan
    c) Korporat

    Glosari: Undangan sebagai pakar runding, pakar rujuk untuk persembahan, bengkel, syarahan, panel juri, pameran, rekaan, dokumentari dan filem pendek dan lain-lain. Pakar luar akan dirujuk (sekiranya perlu) untuk menilai karya/produk pemohon yang telah disenarai pendek. Penilaian adalah berdasarkan sumbangan berterusan pemohon dalam bidangnya.

  3. Penentuan anugerah/pengiktirafan adalah berasaskan kepada kriteria berikut:
    i. Keaslian dan kesarjanaan produk/karya.
    ii. Karya/produk/kesarjanaan yang memberi impak kepada bidang ilmu dan
    manusia sejagat.
    iii. Kredibiliti badan yang memberi anugerah.
    iv. Nilai kewangan atas hasil karya/produk.
    v. Pencapaian lain masa lalu dalam bidang berkaitan.
    vi. Karya yang mengangkat jati diri bangsa dan martabat negara.
    vii. Menghasilkan inovasi dalam produk seni berasaskan pengajaran dan
    pembelajaran, penyelidikan, paten, reka bentuk, teknologi yang memberi
    impak dan pemikiran baru.
    viii. Penjelasan karya dari sudut falsafah dan pemikiran pemohon.

NILAI HADIAH: RM5000 (*Tertakluk pada keputusan mesyuarat JKPU)