Inovasi Pembelajaran Imersif Maya
Inovasi yang menggunakan pendekatan atau aplikasi imersif maya (80% penawaran kursus secara dalam talian) (contoh: VR, AR, Simulasi Virtual, MOOCs atau LMS) yang berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran imersif yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.
Inovasi Pembelajaran Imersif Teradun
Inovasi yang menerapkan persekitaran pengalaman pembelajaran imersif teradun, iaitu yang menggabungkan pembelajaran dalam talian dan bersemuka (30-79% penawaran kursus secara dalam talian) (contoh: Blended Learning, Flipped Classroom) yang memberikan impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.
Inovasi Pembelajaran Imersif Bersemuka
Inovasi yang menggunakan model atau pendekatan pengalaman pembelajaran imersif secara bersemuka (secara fizikal) yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian hasil pembelajaran kursus (lebih 70% penawaran kursus secara bersemuka);
contoh: Service-based Learning, Community-based Learning, Challenge-based Learning, Work-based Learning, Problem Based Learning
Inovasi Pembelajaran Transformatif
Inovasi yang menggunakan kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif dan interaktif terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar (active learning).
Inovasi Pentaksiran Alternatif
Inovasi yang menggunakan kaedah pentaksiran dalam bentuk yang bukan konvensional tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif; kaedah yang diketengahkan boleh digunakan untuk pentaksiran formatif, autentik, assessment as learning dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu hasil pembelajaran secara efektif, khususnya ke atas pencapaian hasil pembelajaran dan keterlibatan pelajar.