SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

ASAS ANUGERAH:

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di UPSI di mana hara intelek didaftar di UPSI. Produk tersebut mestilah dikomersialkan dan memberi impak dari segi penjanaan ilmu, peningkaran kualiti hidup, pembangunan industri dan perkembangan ekonomi negara.

KRITERIA PEMOHON:

Anugerah akan dipertimbangkan bagi produk pengkomersialan yang memenuhi kriteria berikut:

  1. Produk pengkomersialan yang telah didaftarkan dengan UPSI.
  2. Telah mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian pengkomersialan di antara universiti atau syarikat/ enterprise berdaftar.
  3. Telah menjana nilai jualan kasar kumulatif sekurang-kurangnya RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) dan sebahagian daripada pendapatan pengkomersialan tersebut telah disalurkan kepada UPSI serta penyelidik.
  4. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.
  5. Mampu menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baru.
  6. Terdapat usaha ke arah kelestarian perniagaan termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
  7. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan (R&D&C).
  8. Produk inovasi yang mempunyai nilai tertinggi hasil pendapatan kasar akan diberi keutamaan bergantung kepada keputusan muktamad oleh jawatankuasa penilai.

NILAI HADIAH:

RM2000 (sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan RMIC)

 

Tiada permohonan bagi anugerah ini, penerima adalah ditentukan oleh pihak RMIC