SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu

ASAS ANUGERAH:

Anugerah Tokoh Bahasa Melayu UPSI ini adalah wadah bagi memberi pengiktirafan dan sanjungan terhadap sumbangan kakitangan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu dan sastera Melayu dalam penghasilan penerbitan dan penyelidikan yang berimpak tinggi dan menjadi wadah rujukan sama ada peringkat akademik dan masyarakat umum.

KRITERIA PEMOHON:

  1. Kakitangan akademik UPSI yang mempamerkan kecemerlangan dalam penghasilan penulisan dan penyelidikan dalam Bahasa Melayu dan sastera Melayu.
  2. Tidak terhad kepada kakitangan akademik yang mengajar dalam bidang Bahasa Melayu.
  3. Pemohon Anugerah Tokoh Bahasa Melayu dibuka hanya kepada pensyarah/ahli akademik UPSI sahaja.
  4. Telah disahkan dalam perkhidmatan.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1.  Menjalankan sekurang-kurangnya 3 penyelidikan ilmiah berasaskan geran yang berwibawa dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai wahana.
  2. Menghasilkan penerbitan daripada penyelidikan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dalam bahasa Melayu.
  3. Bilangan penerbitan terdiri daripada buku, makalah dan jurnal dalam Bahasa Melayu. Antara jenis penerbitan ialah:
    a. Buku (penulis) – sekurang-kurangnya 2 buah
    b. Makalah ilmiah (penulis) – sekurang-kurang 10 artikel sebagai penulis utama
    c. Buku (sunting) –sebagai penulis/ penyunting (sekurang-kurangnya 2 buah)
    d. Penulis bab dalam buku – sekurang-kurangnya 5 bab sebagai penulis utama
    e. Risalah/Akhbar/Komentar – sekurang-kurangnya 3 naskhah
    f. Laporan teknikal/Polisi – jika ada dan
    g. Produk-produk lain dalam bahasa Melayu.
  4. Penyeliaan tesis dalam bahasa Melayu – peringkat sarjana dan doktor falsafah
  5.  Pengajaran dalam bahasa Melayu (bahan pengajaran dan pembelajaran)
  6. Khidmat Perundingan – sekurang-kurangnya satu perundingan
  7. Pengiktirafan dan sanjungan yang berkaitan bahasa Melayu (jika ada)
  8. Rekod perkhidmatan yang cemerlang dan
  9. Penglibatan dalam khidmat masyarakat [Ikhtisas, Badan Bukan Kerajaan (NGO)].

SYARAT KHUSUS:

  • Telah berkhidmat selama 10 tahun secara kumulatif

NILAI HADIAH: RM3000 (Tertakluk Pada Keputusan Mesyuarat JKPU)