SYARAT UMUM

Siapa yang layak memohon?

Bagi Anugerah kategori individu, semua staf berjawatan tetap/kontrak layak memohon kecuali anugerah berikut:

– Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) : Kakitangan akademik yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun
– Anugerah Ahli Akademik Harapan : Kakitangan akademik dengan sekurang-kurangnya 5 tahun perkhidmatan
– Anugerah Ikon Akademik Antarabangsa : Hanya kakitangan akademik antarabangsa
– Tokoh Akademik : Kakitangan akademik dengan sekurang-kurangnya 15 tahun perkhidmatan
– Anugerah Tokoh Bahasa Melayu : Berkhidmat tidak kurang 14 tahun secara kumulatif sepanjang tahun perkhidmatan

PTj Akademik yang dimaksudkan ialah:

– Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ)
– Fakulti-fakulti
– Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
– Institut Pengajian Siswazah (IPS)
– Pusat Ko-kurikulum
– Pusat Pembangunan Akademik (Berkecuali)
– Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI)