SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Tadbir Urus Akademik (selain fakulti)

ASAS ANUGERAH:

Anugerah Tadbir Urus Akademik ini bertujuan bagi memberikan pengiktirafan kepada semua PTj berkaitan akademik selain fakulti yang menunjukkan pencapaian pengurusan akademik terbaik. Senarai PTj adalah seperti berikut: Bahagian Hal Ehwal Akademik, Institut Pengajian Siswazah, Pusat Kokurikulum, Pusat Latihan Mengajar dan Industri, Bahagian Pengurusan Kualiti dan Institut Peradaban Melayu

KRITERIA PEMOHON:

Penilaian dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut:

  1. Tempoh penilaian bermula 1/1/2023 sehingga 31/12/2023.
  2. Pencapaian PTj dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik di peringkat PTj.
  3. Sumbangan PTj dalam auditan universiti
  4. Sumbangan PTj kepada badan universiti/ negeri/ profesional dan ilmiah (pelajar/pensyarah).
  5. Penglibatan PTj dalam urusan tadbir urus universiti ; jawatankuasa, panel dan lain-lain.
  6. Pencapaian PTj yang memberi impak secara langsung atau tidak langsung kepada warga universiti / masyarakat.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

Proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima PTj akan diambil kira.

SYARAT:

1. Semua PTj yang terlibat dalam urusan tadbir urus akademik adalah layak untuk mengemukakan pencalonan.
2. Setiap pencalonan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti pencapaian/sumbangan.
3. Hanya penilaian bagi tahun yang dinilai sahaja akan diambilkira.

PERATURAN:

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah (atau bagi pemohon dalam kalangan Dekan atau Pengarah perlu diperakui Naib Canselor).
  2. Permohonan atas talian perlu dilengkapkan serta disahkan sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup.

NILAI HADIAH:

RM 1000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)