ASAS ANUGERAH:
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada ahli akademik di UPSI yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam penyeliaan pelajar.
KRITERIA PEMOHON:
- Pemohon merupakan individu yang mempunyai nilai kesarjanaan yang merujuk kepada proses yang merangkumi penasihatan, penyeliaan, bimbingan dan perkongsian ilmu dalam membantu pelajar menyiapkan projek/penulisan kreatif/disertasi/tesis dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Pemohon juga harus menunjukkan nilai kecemerlangan penyeliaan yang menonjolkan amalan bimbingan dengan menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip/dasar penyeliaan yang mantap untuk meningkatkan kualiti pelajar sejajar dengan hasrat universiti untuk menjadikan UPSI universiti peneraju pendidikan.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:
- Jumlah pelajar bergraduat dalam tempoh (GOT)
- Pengikhtirafan yang diterima berasaskan output/hasil penyelidikan
- Kualiti dan bilangan artikel/produk/paten
- Perkongsian hasil melalui pembentangan/persidangan/pameran
SYARAT:
- Pemohon telah disahkan dalam jawatan
- Berkhidmat di UPSI sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada 31 Disember 2019.
- Permohonan mestilah dibuat oleh calon/individu. Fakulti WAJIB membuat saringan terlebih dahulu dan menghantar 3 pencalonan yang terbaik sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah dokumentasi dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan softcopy serta bukti sokongan untuk semua pencapaian dalam kriteria yang dinyatakan.
- Semua bahan yang dikemukakan akan disimpan oleh pihak urusetia.
PERATURAN:
Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.
- Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
- Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
- Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:
Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris