SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Penasihat Akademik Terbaik

ASAS ANUGERAH:

Anugerah yang diberikan kepada penasihat akademik yang berjaya membimbing dan menasihati pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dari aspek program penasihatan, laporan penasihat akademik, anugerah kecemerlangan yang diterima oleh pelajar dan penglibatan pelajar diperingkat dalam dan luar negara.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Bilangan program penasihat akademik.
  2. Laporan penasihat akademik melalui sistem Mysis/manual
  3. Kualiti penasihatan akademik (penilaian advisee)
  4. Kualiti anugerah yang diterima oleh pelajar di bawah penasihat akademik.
  5. Penglibatan pelajar dibawah penasihat pada peringkat antarabangsa dan dalam Negara seperti pertukaran pelajar atau aktiviti pelajar.
  6. Rekod kejayaan pelajar, merangkumi pencapaian akademik, PNGK, mahasiswa holistik dan mata MYCAT/ CHAMP.
  7. Semester penilaian: 222 dan 231

NILAI HADIAH:

RM 500 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)