SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Pengajaran & Pembelajaran (PdP)

ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada ahli akademik di UPSI yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran.

KRITERIA PEMOHON:

  1. Pemohon merupakan individu yang mempunyai nilai kesarjanaan pengajaran yang merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pemohon juga harus menunjukkan nilai kecemerlangan pengajaran yang menonjolkan amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar sejajar dengan moto universiti untuk menjadikan UPSI sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  •  Kelompok Anugerah ini dibahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut:

I. Sastera & Sains Sosial

  • Antropologi
  • Bahasa dan Linguistik
  • Ekonomi
  • Falsafah
  • Geografi
  • Kesusasteraan
  • Pengajian Etnik
  • Pengajian Islam
  • Psikologi Sains Politik
  • Sejarah
  • Seni
  • Sosiologi

II. Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan

  • Komunikasi
  • Pendidikan
  • Pengurusan
  • Perakaunan
  • Perniagaan
  • Perundangan
  • Psikologi Industri
  • Seni

III. Sains Tulen

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik

IV. Sains Gunaan

  • Sains Industri
  • Sains Komputer/Teknologi Maklumat
  • Seni Bina
  • Teknologi Industri
  • Teknikal dan Vokasional

 

  • Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut:
    Peringkat 1: Penilaian portfolio
    Portfolio WAJIB mengandungi mengandungi perkara seperti berikut:

    1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran
    1.1 Pernyataan falsafah yang jelas dengan kepercayaan dan nilai
    1.2 Pernyataan teori/model yang mendasari falsafah pengajaran dan pembelajaran.

    2. Strategi keseluruhan tentang kaedah PdP
    2.1
    Strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
    2.1.1 Pengajaran/penyeliaan
    2.1.2 Penilaian
    2.2 Bukti/maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi 2.1, contoh:
    2.2.1 Senarai kursus
    2.2.2 Proforma dan bilangan pelajar
    2.2.3 Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/ PhD

    3. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap PdP
    3.1 Pernyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong 1.1:
    3.1.1 falsafah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
    3.1.2 kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
    3.2 Kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan:
    3.2.1 ciri-ciri (asli, signifikan & relevan)
    3.2.2 kaedah pengajaran dan pembelajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan inisiatif terkini dari KPT.
    3.2.3 kesejajaran antara kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran (terangkan bagaimana CA dilakukan).
    3.2.4 impak kreativiti dan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran kepada:
    i. peningkatan pencapaian pelajar
    ii. kualiti hasil kerja pelajar
    iii. falsafah pengajaran/penyeliaan dan penilaian (1.1)
    iv. kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian

    4. Penilaian dan testimonial
    4.1
    Hasil penilaian pengajaran/penyeliaan oleh pelajar termasuklah borang penilaian pembelajaran untuk 3 semester berturut-turut.
    4.2 Testimonial pengajaran/penyeliaan berkesan daripada pelbagai sumber merangkumi:
    4.2.1 pelajar
    4.2.2 rakan sejawat
    4.2.3 jabatan/fakulti
    4.2.4 universiti
    4.2.5 komuniti/industri

    5. Penambahbaikan pengajaran/penyeliaan dan penilaian serta pembangunan professional
    5.1 Penambahbaikan kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
    5.1.1 dokumentasi refleksi
    5.1.2 pemantauan minggu ke-8
    5.1.3 analisis/sintesis untuk penambahbaikan
    5.1.4 tindakan dan perkongsian
    5.2 Pembangunan profesional dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian.

    6. Kesarjanaan
    6.1 Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran/penyeliaan dan penilaian di pelbagai peringkat (universiti / kebangsaan / antarabangsa) melalui mana-mana yang berikut:
    6.1.1 media sosial (termasuk YouTube, Blog, Facebook dll)
    6.1.2 bengkel/seminar
    6.1.3 komuniti pembelajaran (contoh Special Interest Group)
    6.1.4 modul pembelajaran/ buku teks
    6.1.5 penerbitan Scopus/ISI
    6.1.6 penerbitan digital (contoh e-buku,e-jurnal,bahan pembelajaran terbuka (OER)
    6.1.7 kursus dalam talian (contoh MOOCs, micro-credential)
    6.1.8 editor journal dan lain-lain
    6.1.9 perundingan
    6.1.10 bahan-bahan lain yang berkaitan
    6.2 Pengiktirafan (anugerah/jemputan ucap utama/ seminar/ webinar/ penceramah jemputan/ jurulatih utama/ mentor) yang diperolehi.
    6.3 Kepimpinan (pengerusi/jawatankuasa) dalam komuniti akademik (fakulti/universiti/ persatuan akademik kebangsaan/ antarabangsa) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

    Peringkat 2: Simulasi Pengajaran dan Temuduga 
    (Calon yang melepasi saringan akan dipanggil ke peringkat 2)

  • Masa yang diperuntukkan bagi simulasi pengajaran adalah 15 minit. Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran

    i. Keberkesanan komunikasi
    ii. Kejelasan penyampaian
    iii. Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar
    iv. Keupayaan meyakini dan memotivasikan ‘pelajar’
    v. Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan
    vi. Keupayaan menilai pemahaman ‘pelajar’

  • Temuduga akan merangkumi perkara berikut:

    i. Falsafah pengajaran dan pembelajaran
    ii. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran
    iii. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
    iv. Kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran
    v. Refleksi kendiri terhadap simulasi pengajaran

SYARAT KHUSUS:

  1. Pemohon telah disahkan dalam jawatan
  2.  Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  3. Berkhidmat dan mengajar sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun di IPT pada 31 Disember 2023 dan berkhidmat di UPSI sekurang-kurangnya 3 tahun.
  4. Pemohon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja sepanjang perkhidmatannya di UPSI.
  5. Pemenang Anugerah Akademik Negara (Kategori Pengajaran) dan Pemenang AKRI (Kategori Pembelajaran Imersif Maya/ Pembelajaran Imersif Teradun/ Pembelajaran Imersif Bersemuka/ Inovasi Pengajaran Transfrmatif/ Inovasi Pengajaran Alternatif) tidak dibenarkan untuk menyertai anugerah pengajaran ini.
  6. Hanya calon yang melepasi saringan peringkat 1 dan peringkat 2 sahaja layak untuk memenangi anugerah ini.
  7. Pemenang WAJIB dicalonkan untuk Anugerah Pengajaran (AAN) pada tahun berikutnya.
  8. Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memohon dalam kategori yang lain daripada kategori keahliannya. Untuk memastikan ketelusan dan integriti Hari Akademia UPSI, AJK yang memohon dalam kategori yang sama keahliannya hanya boleh memohon setelah sekurang-kurangnya setahun tidak menjadi ahli.
  9. Ahli Jawatankuasa Induk Hari Akademia UPSI tidak boleh memohon atau dicalonkan dalam mana-mana kategori Hari Akademia UPSI semasa menjadi ahli.

NILAI HADIAH:

Nilai hadiah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah RM 3000.00 ( Tiga ribu ringgit Malaysia ) bagi setiap kategori.