SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Ikon Antarabangsa

ASAS ANUGERAH:

Anugerah Ikon Antarabangsa merupakan anugerah universiti kepada individu bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberikan sumbangan besar atau outstanding’ terhadap pembangunan dan pemerkasaan agenda pengantarabangsaan universiti.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Program kurikulum atau ko-kurikulum antarabangsa untuk mempromosikan budaya
  2. Program untuk meningkatkan kerjasama global
  3. Promosi program pendidikan di peringkat antarabangsa
  4. Reputasi antarabangsa universiti
  5. Sumbangan kepada UPSI dan masyarakat

SYARAT KHUSUS:

  • Warganegara Malaysia

NILAI HADIAH:

RM1000.00 (Satu Ribu Ringgit Malaysia)
Tertakluk Pada Keputusan Mesyuarat JKPU