SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Geran Penyelidikan Swasta/Industri

ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini diberikan kepada individu yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penerimaan pembiayaan dana penyelidikan industri/swasta/NGO bagi satu penyelidikan.

KRITERIA:

  1. Anugerah ini diberikan kepada Ketua Penyelidik yang berjaya menerima pembiayaan dana penyelidikan industri/swasta/NGO dengan nilai geran penyelidikan tertinggi (RM) bagi satu projek penyelidikan pada tahun yang dinilai.
  2. Projek penyelidikan tersebut mestilah berdaftar dengan RMIC.
  3. Bilangan penerima untuk anugerah ini adalah tertakluk kepada peruntukan semasa.

NILAI HADIAH:

RM500 (sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan RMIC)

Tiada permohonan bagi anugerah ini, penerima adalah ditentukan oleh pihak RMIC