Anugerah Tadbir urus Akademik – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)
SYARAT & PERATURAN
SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH TADBIR URUS AKADEMIK (SELAIN FAKULTI)
Anugerah Tadbir Urus Akademik (selain fakulti)
Asas Anugerah
Anugerah Tadbir Urus Akademik ini bertujuan bagi memberikan pengiktirafan kepada semua PTj berkaitan akademik selain fakulti yang menunjukkan pencapaian pengurusan akademik terbaik. Senarai PTj adalah seperti berikut: Bahagian Hal Ehwal Akademik, Institut Pengajian Siswazah, Pusat Kokurikulum, Pusat Latihan Mengajar dan Industri, Bahagian Pengurusan Kualiti dan Institut Peradaban Melayu
Kriteria Pemohon
Tempoh penilaian bermula 1/1/2024 sehingga 31/12/2024.
Pencapaian PTj dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik di peringkat PTj.
Sumbangan PTj dalam auditan universiti
Sumbangan PTj kepada badan universiti/ negeri/ profesional dan ilmiah (pelajar/pensyarah).
Penglibatan PTj dalam urusan tadbir urus universiti ; jawatankuasa, panel dan lain-lain.
Pencapaian PTj yang memberi impak secara langsung atau tidak langsung kepada warga universiti / masyarakat.
Kriteria Pemilihan Anugerah
Proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima PTj akan diambil kira.
Syarat Khusus
Semua PTj yang terlibat dalam urusan tadbir urus akademik adalah layak untuk mengemukakan pencalonan.
Setiap pencalonan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti pencapaian/sumbangan.
Hanya penilaian bagi tahun yang dinilai sahaja akan diambilkira.
Peraturan
Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah (atau bagi pemohon dalam kalangan Dekan atau Pengarah perlu diperakui Naib Canselor).
Nilai Hadiah
RM 1000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)