Anugerah Staf sokongan Akademik – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)
SYARAT & PERATURAN
SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH STAF SOKONGAN AKADEMIK (GRED 1-4) & (GRED 5-8))
Anugerah Staf Sokongan Akademik (Gred 19-36)
Asas Anugerah
Pengiktirafan kepada kakitangan pentadbiran (bukan akademik) yang menguruskan secara langsung berkaitan hal ehwal akademik dan 4P.
Kriteria Pemohon
Penilaian dibuat berdasarkan pencapaian pada tahun 2024.
Penilaian adalah berdasarkan kepada;
a. kecemerlangan dalam tugas hakiki.
b. aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
c. pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi.
d. disiplin diri yang tinggi.
e. markah Penilaian Prestasi Tahunan perlu 90% dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut.
Calon pernah menerima sebarang Anugerah atau Penghargaan. Contoh: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atau lain-lain anugerah/pingat yang diiktiraf (berkaitan dengan pengurusan)
Mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang di peringkat komuniti, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa yang menaikkan imej dan reputasi universiti.
Menjadi pakar rujuk dan memberi sumbangan dalam bidang yang berkaitan untuk kepentingan Jabatan dan Universiti.
Mempunyai potensi dalam peningkatan kerjaya sebagai pentadbir.
Kriteria Pemilihan Anugerah
Memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Syarat Khusus
Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib, rasuah dan integriti.
Nilai Hadiah
RM 500 bagi setiap kategori (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)