Anugerah Sitasi Tertinggi – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

SYARAT & PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH SITASI TERTINGGI

Anugerah Sitasi Tertinggi

Asas Anugerah

  • Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada staf akademik yang mempunyai sitasi tinggi dalam penerbitan artikel jurnal berindeks WOS/Scopus.

Kriteria Pemilihan Anugerah

  • Terbuka kepada semua staf akademik aktif pada tahun semasa mengikut glosori MyRA.
  • Hanya sitasi dalam jurnal berindeks WOS dan Scopus sahaja dikira.
  • Makalah yang terpilih adalah berdasarkan Cumulative citation tertinggi dalam tempoh lima(5) tahun.
  • Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor berikut:
    a. Keaslian penyelidikan dan impak kepada bidang ilmu
    b. Sumbangan kepada bidang ilmu, masyarakat, dan/atau negara.
    c. Impak kepada alam sejagat.

Nilai Hadiah

RM 500 (*Tertakluk pada keputusan RMIC)

TIADA PERMOHONAN BAGI ANUGERAH INI, PENERIMA ADALAH DITENTUKAN OLEH PIHAK RMIC