Anugerah Penyeliaan – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

SYARAT & PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENYELIAAN

Anugerah Penyeliaan

Asas Anugerah

  • Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada ahli akademik di UPSI yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam penyeliaan pelajar.

Kriteria Pemohon

  • Pemohon merupakan individu yang mempunyai nilai kesarjanaan yang merujuk kepada proses yang merangkumi penasihatan, penyeliaan, bimbingan dan perkongsian ilmu dalam membantu pelajar menyiapkan projek/penulisan kreatif/disertasi/tesis dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Pemohon juga harus menunjukkan nilai kecemerlangan penyeliaan yang menonjolkan amalan bimbingan dengan menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip/dasar penyeliaan yang mantap untuk meningkatkan kualiti pelajar sejajar dengan hasrat universiti untuk menjadikan UPSI universiti peneraju pendidikan.

Kriteria Pemilihan Anugerah

  • Jumlah pelajar bergraduat dalam tempoh (GOT)
  • Pengiktirafan yang diterima berasaskan output/hasil penyelidikan
  • Kualiti dan bilangan artikel/produk/paten
  • Perkongsian hasil melalui pembentangan/persidangan/pameran

Syarat Khusus

Pemohon telah disahkan dalam jawatan

Nilai Hadiah

RM 500 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)