Anugerah Penerbitan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

SYARAT & PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH PENERBITAN ARTIKEL JURNAL BERIMPAK TINGGI

Anugerah Penerbitan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi

Asas Anugerah

  • Anugerah ini adalah untuk memberi Pengiktirafan kepada staf akademik yang menghasilkan penerbitan berimpak tinggi berindeks Web of Science (WOS) kategori Q4 hingga Q1.

Kriteria Pemohon

  • Terbuka kepada semua Staf akademik aktif pada tahun semasa mengikut glosari MyRA
  • Hanya penulis utama (principal/ corresponding author) layak diberikan anugerah.
  • Makalah tersebut mestilah diterbitkan pada tahun penerbitan yang dinilai. Tarikh penerbitan preview / early view tidak dipertimbangkan.
  • Penganugerahan akan diberikan berdasarkan Q1 tertinggi dalam JCR.
  • Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor seperti berikut
    a.Keaslian penyelidikan dan impak kepada bidang ilmu;
    b. Sumbangan kepada bidang ilmu, masyarakat, dan/atau negara;
    c. Impak kepada alam sejagat.

Nilai Hadiah

Q1

RM 3000

Q2

RM 1000

Q3

RM 300

Q4

RM 200

(Anggaran nilai hadiah adalah sebanyak RM50,000. Jumlah sebenar adalah tertakluk kepada keputusan pemenang)

TIADA PERMOHONAN PENCALONAN BAGI ANUGERAH INI