Anugerah Pegawai Pengurusan Akademik – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

SYARAT & PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH PEGAWAI PENGURUSAN AKADEMIK (GRED 41-44)

Anugerah Pegawai Pengurusan Akademik (Gred 41-44)

Asas Anugerah

  • Pengiktirafan Anugerah Pegawai Pengurusan Akademik (Kakitangan Pentadbiran (bukan akademik) yang menguruskan secara langsung berkaitan hal ehwal akademik dan 4P.

Kriteria Pemohon

  • Penilaian dibuat berdasarkan pencapaian pada tahun 2024.
  • Penilaian adalah berdasarkan kepada;
    a. kecemerlangan dalam tugas hakiki.
    b. aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
    c. pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi.
    d. disiplin diri yang tinggi.
  • Calon pernah menerima sebarang Anugerah atau Penghargaan. Contoh: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atau lain-lain anugerah/pingat yang diiktiraf (berkaitan dengan pengurusan)
  • Mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang di peringkat komuniti, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa yang menaikkan imej dan reputasi Universiti.
  • Menjadi pakar rujuk dan memberi sumbangan dalam bidang yang berkaitan untuk kepentingan Jabatan dan Universiti.
  • Mempunyai potensi dalam peningkatan kerjaya sebagai pentadbir.
  • Markah Penilaian Prestasi Tahunan perlu 90% dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut.

Syarat Khusus

  • Terbuka kepada SEMUA staf yang cemerlang dari semua perkhidmatan.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
  • Staf tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
  • Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib, rasuah dan integriti.

Nilai Hadiah

RM 500 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)