SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Kecemerlangan Harta Intelek

ASAS ANUGERAH:

Anugerah Kecemerlangan Harta Intelek yang diberikan kepada akademia/kakitangan akademik/ pensyarah merangkumi yang mempunyai sijil paten baharu harta intelek yang diwartakan, sijil paten baharu yang difailkan, teknologi baharu yang dipatenkan, teknologi baru yang difailkan, harta intelek yang boleh dikomersialkan, teknologi yang boleh dilesenkan atau harta intelek selain paten seperti cap dagang, hak cipta, industrial designs, circuit, pelan bangunan, perisian, lirik lagu architectural  drawing, geographical indication, layout design dan jenis-jenis harta intelek yang diiktiraf oleh MyIPO.

KRITERIA:

  1. Produk harta intelek telah berdaftar dengan PPPI.
  2. Produk harta intelek yang mempunyai sijil paten baharu yang diwartakan akan diberi keutamaan bergantung kepada keputusan muktamad oleh jawatankuasa penilai.
  3. Produk yang mempunyai harta intelek yang boleh dikomersialkan.
  4. Produk yang mempunyai harta intelek yang telah memenangi pelbagai anugerah di pertandingan ekspo penyelidikan seperti ITEX, PECIPTA, MTE dan lain-lain.
  5. Kumulatif pemfailan harta intelek yang diterima oleh pensyarah/ahli akademik berkenaan.

NILAI HADIAH:

RM500 (sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan RMIC)

Tiada permohonan bagi anugerah ini, penerima adalah ditentukan oleh pihak RMIC