SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability - GE)

ASAS ANUGERAH:
Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf kecemerlangan fakulti berdasarkan peratusan nilai kebolehpasaran graduan (graduate employability) dan inisiatif pelaksanaan aktiviti kebolehpasaran graduan. Nilai peratus kebolehpasaran graduan berdasarkan kepada laporan kebolehpasaran graduan daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala inisiatif pelaksanaan aktiviti kebolehpasaran graduan dinilai berdasarkan kualiti aktiviti yang dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

NILAI HADIAH:

RM 1000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)

TIADA PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI ANUGERAH INI.
ANUGERAH DISARING DAN DIMUKTAMADKAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DITETAPKAN.