Anugerah Jaringan Akademik Terbaik – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)
SYARAT & PERATURAN
SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH JARINGAN AKADEMIK TERBAIK
Anugerah Jaringan Akademik Terbaik
Asas Anugerah
Anugerah yang diberikan kepada Fakulti yang telah melaksanakan jaringan dalam dan luar Negara yang meliputi aspek program akademik, pertukaran pelajar dan pensyarah, program sangkutan melalui LOI/MOA/MOU dan kerjasama industri yang memberi impak kepada penjenamaan media dan penempatan graduan.
Kriteria Pemilihan Anugerah
Bilangan LOI/MOU/MOA (aktif pada tahun penilaian)
Bilangan staf yang terlibat dalam LOI/MOU/MOA
Bilangan pelajar yang terlibat dalam LOI/MOU/MOA
Visibility (Media Massa berkaitan jaringan akademik) berdasarkan LOI/MOU/MOA
Kebolehpasaran Graduan (Bilangan graduan berkerja di bidang program jaringan berdasarkan LOI/MOU/MOA)
Bilangan penghasilan inovasi berkaitan jaringan berdasarkan LOI/MOU/MOA
(Contoh penghasilan inovasi: anugerah, sijil penyertaan, IP dan lain-lain)
Bilangan pelaksanaan aktiviti berkaitan jaringan berdasarkan LOI/MOU/MOA
(Contoh aktiviti: Pameran hasil karja, Seminar, Bengkel, Lawatan, CSR dan lain-lain)
Syarat Khusus
Terbuka kepada SEMUA Fakulti/PTj akademia di UPSI
Nilai Hadiah
RM 1000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)