Anugerah yang diberikan kepada jabatan dalam fakulti yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar dan kakitangan dari aspek KPI Pelan Strategik UPSI, Program Akademik, Kerjasama Antarabangsa, Penjenamaan, 4P (penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan), Penjanaan Kewangan dan 3R (Referred, Relevant, Respected)
KRITERIA PEMOHON:
Anugerah akan dipertimbangkan bagi jabatan terbaik yang memenuhi kriteria berikut :
Perkhidmatan pengurusan yang cemerlang dari aspek KPI, Program Akademik, Kerjasama Antarabangsa, Penjenamaan (Media), 4P-RMIC, Penjanaan Kewangan, 3R (Referred, Relevant, Respected) dan kumalatif anugerah yang diterima oleh pensyarah jabatan berkenaan.
Penilaian anugerah diambil kira bermula pada 1/1/2022 sehingga 31/12/2022.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:
Pencapaian keseluruhan Jabatan dalam menyumbang kepada memenuhi KPI dalam Pelan Strategik UPSI.
SYARAT KHUSUS:
Hanya SATU (1) Jabatan daripada setiap Fakulti dibenarkan menyertai anugerah ini.