Anugerah Fakulti Sejahtera – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)
SYARAT & PERATURAN
SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH FAKULTI SEJAHTERA
Anugerah Fakulti Sejahtera
Asas Anugerah
Anugerah ini diberikan kepada fakulti sejahtera yang mewujudkan suasana dan sistem kesejahteran meliputi aspek keceriaan, keselamatan, kebersihan (persekitaran), kesihatan mental dan fizikal.
Kriteria Pemohon
Anugerah akan dipertimbangkan bagi Fakulti yang mewujudkan suasana dan sistem keceriaan, keselamatan, kebersihan (persekitaran), kesihatan mental dan fizikal.
Kriteria Pemilihan Anugerah
Persekitaran dan ruang kerja kakitangan pentadbiran dan akademik.
Ruang PdP pelajar.
Kemudahan Student Lounge.
Pengurusan perkhidmatan fakulti.
Kebajikan dan kecemerlangan warga fakulti.
Kebajikan dan kecemerlangan pelajar.
Pengiktirafan kakitangan akademik di fakulti oleh pihak luar.
Laporan sistem Penasihat Akademik.
Pengiktirafan pelajar fakulti.
Program berimpak.
Syarat Khusus
DIWAJIBKAN kepada SEMUA FAKULTI di UPSI
Nilai Hadiah
RM 1000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)