Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

SYARAT & PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)

Anugerah CSR

Asas Anugerah

  • Penghakupayaan iaitu proses kesejahteraan komuniti dan peningkatan kualiti persekitaran, kelestarian dan memperkasa amalan Inovasi melalui program CSR.
  • Perubahan amalan di mana program CSR ini akan membawa manfaat secara terus hasil daripada amalan inovasi dan inisiatif yang dilaksanakan melalui peningkatan kualiti, pengurangan kos dan penambahan sumber pendapatan.
  • Perubahan Pengetahuan, Sikap, Kemahiran dan Aspirasi (PSKA) di mana program CSR ini merupakan satu program tindakan di peringkat komuniti dalam usaha berterusan untuk membawa peningkatan dari aspek pengetahuan, sikap, sokongan dan penglibatan iaitu usaha dan inisiatif pihak Komuniti membentuk kesedaran terhadap kepentingan tindakan komuniti dalam merangka jalinan hubungan strategik komuniti/organisasi terpilih.
  • Pemindahan ilmu untuk komuniti/industri termasuklah masyarakat yang menggunakan program dalam menggerakkan sumber kepakaran dengan Universiti, bekerjasama dengan agensi-agensi lain dari Universiti dalam melaksanakan program, perubahan sikap positif dari segi pengetahuan, kemahiran, tingkah laku atau aspirasi.
  • Selain itu pemindahan ilmu juga dapat berlaku menerusi pembiayaan program bersama di antara pihak Universiti/ Sektor Awam/ Sektor Swasta.
  • Jalinan hubungan Komuniti secara positif terhadap institusi yang dinilai dan program tindakan komuniti.
  • Pelaksanaan Program CSR melibatkan komuniti setempat atau antarabangsa.
  • Penglibatan dan usahasama Mahasiswa/Mahasiswi UPSI dalam Program CSR.
  • Penilaian diteliti melalui Laporan penuh program CSR yang diterima dari calon.

Nilai Hadiah

RM 500 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)

TIADA PERMOHONAN PENCALONAN BAGI ANUGERAH INI

ANUGERAH DISARING DAN DIMUKTAMADKAN DI PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DITETAPKAN.