Anugerah Ahli Akademik Harapan – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

SYARAT & PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN

Anugerah Tokoh Akademia UPSI

Asas Anugerah

  • Anugerah ini bertujuan mengiktiraf kesarjanaan pensyarah UPSI dalam kalangan warganegara Malaysia daripada aspek kecekapan, kemahiran dan keilmuan ahli akademik. Anugerah ini mengambil kira pengalaman pensyarah daripada pelbagai bidang disiplin ilmu serta menyumbang kepada masyarakat. Penerima Anugerah Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik tempatan yang mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan, penerbitan, kepimpinan dan terserlah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Kriteria Pemohon

  • Permohonan/pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli akademik UPSI (yang sedang atau telah berkhidmat secara sepenuh masa, atau berjawatan hakiki) dan warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 38 tahun pada 1 Januari 2025.

Kriteria Pemilihan Anugerah

  • Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya tiga tahun di UPSI dan lima (5) tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.
  • Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, penerbitan, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik. Mempamerkan tujahan bidang kepakaran yang merentas disiplin.
  • Pernah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
  • Menghasilkan sumbangan yang membawa impak yang signifikan melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
  • Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusandalam bidang akademik yang diterajui.

Syarat Khusus

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemenang WAJIB dicalonkan untuk Anugerah Tokoh Akademik Negara (AAN) pada tahun berikutnya.

Nilai Hadiah

RM 2000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)