SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Program Terbaik

ASAS ANUGERAH:

Memberikan pengiktirafan bagi program akademik (semua peringkat) ditawarkan di fakulti yang menekankan reka bentuk kurikulum secara inovatif dan kreatif sehingga berjaya melahirkan graduan kalis masa hadapan (future proof graduates).

KRITERIA:

  1. Program peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan PhD yang menawarkan program secara kerja kursus atau mod campuran di UPSI.
  2. Program yang telah mendapat akreditasi penuh.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

Semua penyertaan akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:

  • Rasional
    (i) Nyatakan rasional pembangunan kurikulum program akademik ini.
    (ii) Jelaskan falsafah penggubalan kurikulum secara menyeluruh dari segi reka bentuk kurikulum dengan disokong oleh aspek pedagogi yang inovatif, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran kondusif dan interaktif
    (iii) Sejauh mana perubahan yang dicadangkan mempunyai nilai tambah dan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan analitik.
    (iv) Bagaimana kurikulum yang dibangunkan berjaya melahirkan graduan yang berdaya tahan dan tersedia masa hadapan (resilient and futureready)?
    (v) Bagaimana reka bentuk kurikulum dapat menerapkan hasil pembelajaran program yang menepati perubahan semasa dan memenuhi keperluan pemegang taruh (institusi, badan akreditasi/badan profesional, industri, negara dan antarabangsa)?

  • Pendekatan 
    (i) Bagaimana penjajaran konstruktif diterapkan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) program?
    (ii) Senaraikan strategi inovatif yang diterapkan dalam aktiviti PdP program.
    (iii) Bagaimana pelaksanaan kurikulum mengambil kira penyampaian (kandungan dan/atau kaedah penyampaian) dalam PdP yang inovatif?
    (iv) Bagaimana pelaksanaan kurikulum mengambil kira pentaksiran dalam PdP yang menyokong hasil pembelajaran program?

  • Keterlibatan
    (i) Jelaskan sumber pendidikan (tenaga pengajar yang terlatih, fasiliti (infrastruktur dan infostruktur), ruang pembelajaran dan lain-lain) menyokong penyampaian kurikulum yang lebih efisien bagi melahirkan pelajar yang lebih inovatif. 
    (ii) Bagaimana pemegang taruh (pengurusan, industri, komuniti, penaja, alumni dan lain-lain) terlibat dalam mereka bentuk, membuat semakan semula kurikulum, pelaksanaan dan penilaian PdP?

  • Impak/ Keberkesanan
    (i) Bagaimana kurikulum program ini berupaya melahirkan/menampilkan kemenjadian graduan? (Sertakan bahan yang berkaitan. Contoh laporan dan matrik pencapaian, laporan/maklum balas pemegang taruh dan alumni, video, laman web/blog/e-portfolio, dokumen dan sebagainya)
    (ii) Sejauh manakah kurikulum ini memberikan impak kepada kualiti pembelajaran pelajar?
    (iii) Senaraikan bilangan graduan yang berjaya mencipta pekerjaan atau syarikat pemula (startup).
    (iv) Nyatakan peratusan pencapaian kebolehpasaran graduan dalam program.
    (v) Nyatakan bilangan permohonan dan bilangan mendaftar bagi program ini.

SYARAT KHUSUS:

  1. Semua Fakulti WAJIB memohon.
  2.  Keahlian kumpulan terhad kepada lima (5) orang termasuk ketua kumpulan.
  3. Permohonan terhad kepada dua (2) penyertaan bagi setiap fakulti.

NILAI HADIAH:

RM 3000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)