SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Penerbitan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi

ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini adalah untuk memberi Pengiktirafan kepada staf akademik yang menghasilkan penerbitan berimpak tinggi berindeks Web of Science (WOS) kategori Q4 hingga Q1.

KRITERIA:

  1. Terbuka kepada semua Staf akademik aktif pada tahun semasa mengikut glosari MyRA
  2. Hanya penulis utama (principal/ corresponding author) layak diberikan anugerah.
  3. Makalah tersebut mestilah diterbitkan pada tahun penerbitan yang dinilai. Tarikh penerbitan preview / early  view   tidak dipertimbangkan.
  4. Penganugerahan akan diberikan berdasarkan Q1 tertinggi dalam JCR.
  5. Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor seperti berikut
    a.Keaslian penyelidikan dan impak kepada bidang ilmu;
    b. Sumbangan kepada bidang ilmu, masyarakat, dan/atau negara;
    c. Impak kepada alam sejagat.

NILAI HADIAH:

Q1
RM3,000

Q2
RM1,000

Q3
RM300

Q4
RM200

(Anggaran nilai hadiah adalah sebanyak RM50,000. Jumlah sebenar adalah tertakluk kepada keputusan pemenang)

Tiada permohonan bagi anugerah ini, penerima adalah ditentukan oleh pihak RMIC