Anugerah Penyeliaan – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

SYARAT & PERATURAN

SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH PENYELIAAN

Anugerah Penyeliaan

Asas Anugerah

  • Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada ahli akademik di UPSI yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam penyeliaan pelajar.

Kriteria Pemohon

  • Pemohon merupakan individu yang mempunyai nilai kesarjanaan yang merujuk kepada proses yang merangkumi penasihatan, penyeliaan, bimbingan dan perkongsian ilmu
  • Pemohon membantu pelajar menyiapkan projek/penulisan kreatif/disertasi/tesis dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Pemohon juga harus menunjukkan nilai kecemerlangan penyeliaan yang menonjolkan amalan bimbingan dengan menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip/dasar penyeliaan yang mantap untuk meningkatkan kualiti pelajar sejajar dengan hasrat universiti untuk menjadikan UPSI universiti peneraju pendidikan.

Kriteria Pemilihan Anugerah

  • Jumlah pelajar bergraduat dalam tempoh (Graduate on Time - GOT)
  • Jumlah pelajar tamat pengajian (bukan GOT)
  • Pengiktirafan yang diterima berasaskan output/hasil penyelidikan
  • Kualiti dan bilangan penerbitan artikel, produk/paten
  • Bilangan perkongsian hasil melalui pengkomersialan, persidangan, pameran

Syarat Khusus

  • Pemohon telah disahkan dalam jawatan akademik
  • Hanya Penyelia Utama diambil kira
  • Nilai Hadiah

    RM 500 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)