SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Tokoh Akademia Upsi

ASAS ANUGERAH:

  • Penerima Anugerah Tokoh Akademia UPSI ialah seorang ahli akademik yang terlibat secara menyeluruh dan sentiasa beriltizam dalam menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu yang memberi sumbangan bernilai kepada UPSI dan negara. Sumbangan calon membolehkan UPSI mencapai aspirasi sebagai jentera pembangunan masyarakat dan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat.
  • Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.
  • Anugerah berdasarkan hadiah/pengiktirafan yang telah dicapai dengan memilih yang terbaik dari yang terbaik di dalam bidang masing-masing.
  • Penilaian bagi setiap kategori dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih yang dianggotai oleh pakar-pakar di UPSI (BUKAN mewakili fakulti / pusat) atau pakar-pakar luar dalam bidang masing-masing.
  • Proses penilaian untuk mencari calon terbaik di kalangan terbaik (best of the best) dilaksanakan secara profesional tanpa melihat atau memberatkan fakulti / pusat masing-masing.

KRITERIA PEMOHON:

  •  Permohonan/pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli akademik UPSI (yang sedang atau telah berkhidmat secara sepenuh masa, atau berjawatan hakiki) dan warganegara Malaysia.
  • Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1.  Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.
  2. Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat UPSI, negara dan antarabangsa dan ada menerima sekurang-kurangnya satu (1) anugerah dalam jangka waktu 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
  3. Menghasilkan sumbangan yang membawa impak yang signifikan melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
  4. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.
  5. Kriteria penilaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

SYARAT KHUSUS:

  1. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif (sekurang-kurang 5 tahun di UPSI) dalam kerjaya akademik.
  2. Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memohon dalam kategori yang lain daripada kategori keahliannya. Untuk memastikan ketelusan dan integriti Anugerah Akademia UPSI, AJK yang memohon dalam kategori yang sama keahliannya hanya boleh memohon setelah sekurang-kurangnya setahun tidak menjadi ahli.
  3. Pemenang WAJIB dicalonkan untuk Anugerah Tokoh Akademik Negara (AAN) pada tahun berikutnya.

NILAI HADIAH:

RM 5000 (*Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU)