Anugerah Akademia Bitara (AKIRA) – Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

PERMOHONAN KINI DIBUKA BERMULA
01 MEI 2025 SEHINGGA 30 JUN 2025

LINK PERMOHONAN AKIRA

Anugerah Akademia Bitara (AKIRA)

AKIRA atau Anugerah Akademia Bitara adalah gabungan Anugerah Akademia UPSI (A2U) anjuran Pusat Pembangunan Akademik dan Anugerah Bitara Penyelidikan dan Inovasi (AURA) anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. AKIRA menjadi wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik UPSI yang telah mengharumkan nama UPSI dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana yang sedang atau pernah berkhidmat di UPSI.