ANUGERAH UCAPTAMA TEMPATAN
NILAI HADIAH: RM500.00

ASAS ANUGERAH:

Dalam usaha meningkat keterlihatan dan kesarjanaan universiti, adalah penting bagi ahli akademik berperanan sebagai ‘knowledge generator’ dan menyebarluaskan ilmu dan hasil penyelidikan. Pemilihan ahli akademik sebagai pengucaptama adalah penting sebagai salah satu indikator bagi seseorang ahli akademik dirujuk oleh kalangan ahli akademik dan masyarakat dari dalam dan luar negara. Ini selaras dengan aspirasi 3Rs (Referred, Respected & Relevant) UPSI dan juga salah satu kriteria pemarkahan penting dalam penarafan MyRA dan SETARA di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. Pemohon yang menerima anugerah ini merupakan seorang ahli akademik yang sentiasa aktif dirujuk dan dijemput sebagai pengucaptama dalam persidangan-persidangan akademik berprestij anjuran universiti dalam negara.

KRITERIA PEMOHON:

  1. Telah mendapat jemputan sebagai pengucaptama pada persidangan 3 tahun terakhir yang dianjurkan oleh universiti tempatan / dalam negara.
  2. Persidangan yang telah dihadiri oleh staf akademik yang telah berdaftar dengan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Pejabat RMIC.
  3. Kriteria pengucaptama yang memenuhi syarat kriteria yang telah ditetapkan dalam Glosari penarafan MyRA (pembiayaan sekurang-kurangnya RM3,000 termasuk yuran persidangan, tiket kapal terbang, penginapan, perjalanan dalam & luar negara dan honarorium)

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Bilangan pengucaptama yang telah dihadiri bagi 3 tahun terakhir.
  2. Persidangan yang telah dihadiri. Sila nyatakan laman web rasmi persidangan.
  3. Universiti/Host (ranking) yang telah menawarkan jemputan sebagai pengucaptama.

SYARAT

  1. Terbuka kepada semua staf akademik warganegara Malaysia.

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)