ANUGERAH TOKOH AKADEMIA UPSI
NILAI HADIAH: RM7,000.00

ASAS ANUGERAH:

Penerima Anugerah Tokoh Akademia UPSI ialah seorang ahli akademik yang terlibat secara menyeluruh dan sentiasa beriltizam dalam menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu yang memberi sumbangan bernilai kepada UPSI dan negara.
Sumbangan calon membolehkan UPSI mencapai aspirasi sebagai jentera pembangunan masyarakat dan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat.

Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

  • Anugerah berdasarkan hadiah/pengiktirafan yang telah dicapai dengan memilih yang terbaik dari yang terbaik di dalam bidang masing-masing.
  • Penilaian bagi setiap kategori dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih yang dianggotai oleh pakar-pakar di UPSI (BUKAN mewakili fakulti / pusat) atau pakar-pakar luar dalam bidang masing-masing.
  • Proses penilaian untuk mencari calon terbaik di kalangan terbaik (best of the best) dilaksanakan secara profesional tanpa melihat atau memberatkan fakulti / pusat masing-masing.

KRITERIA PEMOHON:

Permohonan/pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli akademik UPSI (yang sedang atau telah berkhidmat secara sepenuh masa, atau berjawatan hakiki) dan warganegara Malaysia.

Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif (sekurang-kurang 5 tahun di UPSI) dalam kerjaya akademik.
  2. Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.
  3. Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat UPSI, negara dan antarabangsa dan ada menerima sekurang-kurangnya satu (1) anugerah dalam jangka waktu 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
  4. Menghasilkan sumbangan yang membawa impak yang signifikan melalui
    aktiviti akademik yang telah dijalankan.
  5. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam
    bidang akademik yang diterajui.
  6. Kriteria penilaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

SYARAT:

  1. Mengemukakan satu (1) salinan yang mengandungi butir jaya diri (CV) terperinci dan bukti-bukti anugerah dan/atau pengiktirafan serta maklumat tambahan.
  2. Mengemukakan satu (1) salinan kad pengenalan
  3. Borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
  4. Bagi permohonan/pencalonan Dekan atau Pengarah perakuan hendaklah diberi oleh Naib Canselor. Calon boleh dicadangkan/dinamakan oleh mana-mana agensi luar. Namun, permohonan/pencalonan ini MESTI disalurkan melalui Fakulti / Pusat Tanggungjawab serta mematuhi syarat-syarat permohonan Anugerah AkademiaUPSI.
  5. Permohonan yang tidak melalui mana-mana Fakulti / Pengarah tidak akan dipertimbangkan.
  6. Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memohon dalam kategori yang lain daripada kategori keahliannya. Untuk memastikan ketelusan dan integrity Anugerah Akademia UPSI, AJK yang memohon dalam kategori yang sama keahliannya hanya boleh memohon setelah sekurang-kurangnya setahun tidak menjadi ahli.
  7. Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Akademia UPSI tidak boleh memohon atau dicalonkan dalam mana-mana kategori Anugerah Akademia UPSI semasa menjadi ahli.
  8. Pemenang WAJIB dicalonkan untuk Anugerah Tokoh Akademik Negara (AAN) pada tahun berikutnya.
  9. Pemenang MESTI menyumbang kepakaran kepada UPSI selama satu (1) tahun.
  10. Anugerah hanya boleh dibatalkan sekiranya bukti kriteria dipalsukan.
  11. Hanya calon yang melepasi saringan layak untuk mendapat anugerah ini.
  12. Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Akademia UPSI tidak boleh memohon atau dicalonkan dalam mana-mana kategori Anugerah Akademia UPSI semasa menjadi ahli.
  13. Pemenang WAJIB dicalonkan untuk Anugerah Tokoh Akademik Negara (AAN) pada tahun berikutnya.
  14. Pemenang MESTI menyumbang kepakaran kepada UPSI selama satu (1) tahun.
    Anugerah boleh dibatalkan sekiranya bukti kriteria dipalsukan.

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang 30 Movember 2020. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Anugerah.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PAUTAN KRITERIA, PERMOHONAN, DAN SENARAI SEMAK ANUGERAH

Sila Klik Disini!
Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)