ANUGERAH PROGRAM TERBAIK
HADIAH: RM5,000.00 (GERAN)


ASAS ANUGERAH:

Memberikan pengiktirafan bagi program akademik (semua peringkat) ditawarkan di fakulti yang menekankan reka bentuk kurikulum secara inovatif dan kreatif sehingga berjaya melahirkan graduan kalis masa hadapan (future proof graduates).

KRITERIA:

  1. Program peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan PhD. yang menawarkan program secara kerja kursus atau mod campuran di UPSI.
  2. Program yang telah mendapat akreditasi penuh.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

Semua penyertaan akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:

  1. Rasional
    Reka bentuk kurikulum merangkumi falsafah penggubalan secara menyeluruh dari segi pedagogi yang inovatif, pentaksiran alternatif dan persekitaran pembelajaran kondusif dan interaktif. Kurikulum ini memberikan inspirasi kepada pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan analitik. berjaya melahirkan graduan kalis masa hadapan bagi mencapai hasil pembelajaran yang responsif kepada perubahan serta keperluan negara dan global.
  2. Pendekatan
    Pendekatan program perlu mengandungi penjajaran konstruktif yang diterapkan dalam penyampaian dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar, penyampaian (kandungan dan/atau kaedah penyampaian) inovatif dan pentaksiran alternatif dalam PdP yang menyokong hasil pembelajaran program.
  3. Keterlibatan
    i. Sumber pendidikan yang menyokong penyampaian kurikulum yang lebih efisien bagi melahirkan pelajar yang lebih inovatif segi tenaga pengajar yang terlatih, fasiliti (infrastruktur dan infostruktur), ruang pembelajaran dan lain-lain yang berkaitan
    ii. Penglibatan bidang taruh dalam mereka bentuk membuat membangunkan atau semakan semula kurikulum perlaksanaan dan penilaian PdP. Terdiri daripada pengurusan fakulti, pakar akademik luar, industri, komuniti, penaja dan alumni
  4. Impak/ Keberkesanan
    Impak atau keberkesanan program dalam melahirkan/ menampilkan kemenjadian graduan, memberikan impak kepada kualiti pembelajaran pelajar, membantu ke arah penciptaan pekerjaan, kebolehpasaran graduan dan Pertambahan peratusan permohonan bagi program meningkat ATAU pertambahan peratusan enrolmen pelajar bagi program.

SYARAT:

  1. Terbuka kepada semua fakulti bagi program diploma, sarjana muda, sarjana dan PhD. yang menawarkan program secara kerja kursus atau mod campuran.
  2. Keahlian kumpulan terhad kepada lima (5) orang termasuk ketua kumpulan.
  3. Permohonan terhad kepada dua (2) penyertaan bagi setiap fakulti.
  4. Bukti saringan yang dijalankan di peringkat fakulti beserta sijil perlu dikemukakan.

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)