SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Perunding Cemerlang

ASAS ANUGERAH:

Anugerah yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada ahli akademik UPSI yang telah melibatkan diri dan menyumbang perkhidmatan yang cemerlang terhadap aktiviti perundingan berasaskan kepakaran yang dimiliki.

KRITERIA :

  1. Projek perundingan telah lengkap 100% dan tamat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
  2. Mempunyai kekerapan bilangan projek perundingan dan jumlah nilai yang tinggi.
  3. Menyumbang kepada impak program dalam skala yang besar.
  4. Projek perundingan yang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

NILAI HADIAH:

RM500 (Sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan RMIC)

Tiada permohonan bagi anugerah ini, penerima adalah ditentukan oleh pihak RMIC