ASAS ANUGERAH:
Anugerah ini adalah bagi mengiktiraf Fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) berkaitan akademik yang berjaya membantu melonjakkan hasil penjanaan pendapatan Universiti melalui program/aktiviti akademik dan endowment.
KRITERIA PEMOHON:
Pencalonan adalah terbuka kepada semua Fakulti dan PTj berkaitan akademik yang aktif menjana pendapatan melalui program/aktiviti akademik dan endowment
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:
- Anugerah dinilai melalui 2 kategori :
• Program dan Aktiviti Akademik
• Endowment - Penilaian jumlah penjanaan bagi aktiviti dan program akademik yang menjana pendapatan secara langsung adalah melalui aktiviti berikut :
• Program pesisir
• Program francais
• Seminar / Persidangan
• Latihan kepada agensi luar
• Webinar
• Kursus persediaan (ELPC)
• Lain-lain pendapatan - Penilaian bagi jumlah endowmen yang menjana pendapatan pula adalah melalui :
• Endowment
• Kursi
• Hadiah buku
• Sumbangan - Jumlah penjanaan bagi program dan aktiviti akademik adalah dikira berdasarkan sumbangan bersih dalam tahun semasa kepada universiti dan program tersebut tidak mengalami kerugian seperti yang direkodkan di dalam akaun amanah program tersebut.
- Penjanaan daripada endowment pula adalah dikira berdasarkan jumlah sumbangan yang diterima
- Pemenang adalah berdasarkan jumlah penjanaan tertinggi daripada kedua dua kategori penilaian tersebut diantara semua PTj.
SYARAT:
- Semua Fakulti / PTj yang menjana pendapatan melalui program dan aktiviti akademik dan endowment adalah layak dicalonkan.
- Jumlah penjanaan adalah dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember bagi tahun sebelumnya.
PERATURAN:
- PTj tidak perlu membuat permohonan bagi anugerah ini. Penilaian dibuat oleh jawatankuasa penilai berdasarkan laporan yang disahkan oleh Jabatan Bendahari. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah penjanaan tertinggi bagi kedua dua kategori