ASAS ANUGERAH:
Anugerah Pengantarabangsaan PTj memberikan pengiktirafan kepada PTj terhadap aktiviti pengantarabangsaan dalam bidang pengajaran & pembelajaran (PdP), penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan (4P), perkhidmaran pelajar dan masyarakat yang mana manfaat aktiviti-aktiviti ini kepada masyarakat adalah sejajar dengan agenda pengantarabangsaan UPSI.
KRITERIA PEMOHON:
- Permohonan/pencalonan ini dibuka hanya kepada PTj
- PTj telah memberikan inisiatif pengantarabangsaan melalui beberapa sumbangan untuk menaikkan nama universiti di persada luar negara
- PTj perlu menerajui dalam perubahan pengantarabangsaan (dan memberikan impak kepada pelajar, staff, masyarakat setempat dan universiti.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:
- Program kurikulum atau ko-kurikulum antarabangsa untuk mempromosikan budaya
- Program untuk meningkatkan kerjasama global
- Inovasi di peringkat antarabangsa
- Reputasi antarabangsa universiti
- Sumbangan kepada UPSI dan masyarakat
SYARAT:
- Mengemukakan bukti-bukti anugerah dan/atau pengiktirafan serta maklumat tambahan yang tidak dapat dikemukakan di dalam sistem permohonan.
- Pemenang WAJIB dicalonkan untuk Anugerah Pengatarabangsaan PTj pada tahun berikutnya.
- Anugerah boleh dibatalkan sekiranya bukti kriteria dipalsukan.
PERATURAN:
Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.
- Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
- Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
- Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:
Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris