ASAS ANUGERAH:
Anugerah ini diberikan kepada makalah jurnal terbitan UPSI yang berimpak tinggi.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:
Pemenang adalah makalah jurnal terbitan UPSI yang memenuhi kriteria berikut:
- Keaslian makalah dan impak kepada bidang ilmu;
- Sumbangan kepada bidang ilmu, masyarakat dan/atau negara;
- Mempunyai sitasi Scopus yang tinggi.
- Peratusan sumbangan pengarang daripada institusi pendidikan tempatan, antarabangsa dan industri.
- Makalah yang diterbitkan pada 2 tahun terkini.
- Makalah yang telah memenangi Anugerah ini pada tahun sebelum tidak boleh dicalonkan semula.
PERATURAN:
- Semua pemilihan perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.
- Dokumen pemilihan akan diserahkan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
- Dokumen lengkap akan dihantar kepada:
Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris