ASAS ANUGERAH:
Pengiktirafan Anugerah Pegawai Pengurusan Akademik (Kakitangan Pentadbiran (bukan akademik) Yang Memegang Jawatan) diberikan kepada ahli akademik yang menguruskan secara langsung berkaitan hal ehwal akademik.
KRITERIA PEMOHON:
- Penilaian dibuat berdasarkan pencapaian pada tahun 2019.
- Penilaian adalah berdasarkan kepada;
a. kecemerlangan dalam tugas hakiki.
b. aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
c. pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi.
d. disiplin diri yang tinggi. - Calon pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atau lain-lain anugerah/pingat yang diiktiraf (berkaitan dengan pengurusan).
- Mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang di peringkat komuniti, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa yang menaikkan imej dan reputasi universiti.
- Menjadi pakar rujuk dan memberi sumbangan dalam bidang yang berkaitan untuk kepentingan Jabatan dan Universiti.
- Mempunyai potensi dalam peningkatan kerjaya sebagai pentadbir.
- Markah Penilaian Prestasi Tahunan perlu 90% dan ke atas bagi tiga tahun berturut-turut.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:
Memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.
SYARAT:
- Terbuka kepada semua staf yang cemerlang dari semua perkhidmatan.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Staf tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Mempunyai personaliti yang baik dan tidak terlibat dengan kes-kes tatatertib, rasuah dan integriti.
- Warna kad kehadiran perlu kuning atau hijau bagi dua belas bulan (12) terkini pada tahun 2019.
- Menggunakan borang yang telah ditetapkan dan dikembalikan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
PERATURAN:
Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.
- Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
- Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
- Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:
Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris