ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU UPSI
NILAI HADIAH: RM 2,000.00

ASAS ANUGERAH:

Anugerah Tokoh Bahasa Melayu UPSI ini adalah wadah bagi memberi pengiktirafan dan sanjungan terhadap sumbangan kakitangan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu dan sastera Melayu dalam penghasilan penerbitan dan penyelidikan yang berimpak tinggi dan menjadi wadah rujukan sama ada peringkat akademik dan masyarakat umum.

KRITERIA PEMOHON:

  1. Kakitangan akademik UPSI yang mempamerkan kecemerlangan dalam penghasilan penulisan dan penyelidikan dalam Bahasa Melayu dan sastera Melayu.
  2. Tidak terhad kepada kakitangan akademik yang mengajar dalam bidang Bahasa Melayu.
  3. Pemohon Anugerah Tokoh Bahasa Melayu dibuka hanya kepada pensyarah/ahli akademik UPSI sahaja.
  4. Telah disahkan dalam perkhidmatan.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Menjalankan sekurang-kurangnya 3 penyelidikan ilmiah berasaskan geran yang berwibawa dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai wahana.
  2. Menghasilkan penerbitan daripada penyelidikan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dalam bahasa Melayu
  3. Bilangan penerbitan terdiri daripada buku, makalah dan jurnal dalam Bahasa Melayu. Antara jenis penerbitan ialah:
    a. Buku (penulis) – sekurang-kurangnya 2 buah
    b. Makalah ilmiah (penulis) – sekurang-kurang 10 artikel sebagai penulis utama
    c. Buku (sunting) –sebagai penulis/ penyunting (sekurang-kurangnya 2 buah)
    d. Penulis bab dalam buku – sekurang-kurangnya 5 bab sebagai penulis utama
    e. Risalah/Akhbar/Komentar – sekurang-kurangnya 3
    f. Laporan teknikal/Polisi – jika ada dan
    g. Produk-produk lain dalam bahasa Melayu.
  4. Penyeliaan tesis dalam bahasa Melayu – peringkat sarjana dan doktor falsafah
  5. Pengajaran dalam bahasa Melayu (bahan pengajaran dan pembelajaran)
  6. Khidmat Perundingan – sekurang-kurangnya satu perundingan
  7. Pengiktirafan dan sanjungan yang berkaitan bahasa Melayu (jika ada)
  8. Rekod perkhidmatan yang cemerlang dan
  9. Penglibatan dalam khidmat masyarakat [Ikhtisas, Badan Bukan Kerajaan (NGO)].

SYARAT:

  1. Penyertaan adalah dibukan kepada semua kakitangan akademik di UPSI.
  2. Fakulti boleh menghantar maksimum sebanyak dua (2) penyertaan yang perlu disaring di peringkat fakulti dan bukti saringan beserta sijil perlu disertakan.
  3. Penyertaan perlu menyediakan bukti penambahbaikan (sekiranya berkaitan) dari penyertaan terdahulu.

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademik UPSI (A2U)