ANUGERAH MYRA (FAKULTI)
NILAI HADIAH: RM 500.00

ASAS ANUGERAH
Anugerah yang diberikan kepada fakulti yang telah menyumbang kepada penarafan MyRA UPSI mengikut Glosori Myra terkini secara keseluruhan.


KRITERIA PEMOHON
Anugerah akan dipertimbangkan bagi fakulti terbaik yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Pencapaian cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan, penghasilan pelajar pasca siswazah, inovasi, penjanaan kewangan dan jaringan industri dan komuniti.
  2. Penilaian anugerah diambil kira mengikut jumlah markah MyRA pada tahun penilaian semasa.


KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH

  1. Setiap permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi bagi tujuan pemilihan pemenang;
  2. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi adalah muktamad;
  3. Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor seperti berikut:
    • Pencapaian markah MyRA sekurang-kurangya empat (4) bintang dan ke atas pada tahun semasa.
    • Fakulti yang mempunyai markah MyRA tertinggi akan diberikan anugerah ini.


PERATURAN

  1. Semua pemilihan perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.
  2. Dokumen pemilihan akan diserahkan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)