ASAS ANUGERAH
Anugerah yang diberikan kepada staf akademi yang menghasilkan Kertas polisi yang menyumbang kepada pembentukan/penambahbaikan/pemansuhan dasar/fatwa/akta dan seumpamanya yang telah diterbitkan oleh pemegang taruh (stakeholder) sama ada Agensi Kerajaan (Peringkat Negeri dan Persekutuan sahaja) atau Antarabangsa (selain daripada institusi yang dinilai).
KRITERIA PEMOHON
- Terbuka kepada semua Staf akademik aktif pada tahun semasa mengikut glosori MyRA..
- Kertas polisi tersebut mestilah diterbitkan pada tahun yang dinilai.
- Bukti hubungkait yang ada menyatakan penghargaan kepada pusat, kertas kerja yang menjadi rujukan kertas polisi dan mempunyai afiliasi universiti;
- Bukti yang menunjukkan hasil kajian digunapakai; dan
- Surat lantikan staf menjadi ketua/ahli projek kajian.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH
- Setiap permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi bagi tujuan pemilihan pemenang;
- Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi adalah muktamad;
- Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor seperti berikut:
I) Keaslian kertas polisi dan impak kepada bidang ilmu;
II) Sumbangan kepada bidang ilmu, masyarakat, dan/atau negara;
III) Impak kepada alam sejagat;
PERATURAN
- Semua pemilihan perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.
- Dokumen pemilihan akan diserahkan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
- Dokumen lengkap akan dihantar kepada:
Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris