ANUGERAH KERJASAMA ANTARABANGSA
NILAI HADIAH: RM500.00

ASAS ANUGERAH
Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada staf akademik yang mengadakan kerjasama dalam penerbitan artikel jurnal berindeks Scopus dengan rakan antarabangsa.


KRITERIA PEMOHON

  1. Terbuka kepada semua Staf akademik aktif pada tahun semasa mengikut glosori MyRA.
  2. Hanya penerbitan dalam jurnal berindeks WOS dan Scopus sahaja dikira.
  3. Hanya penulis utama (principal / corresponding author) layak diberikan anugerah.
  4. Makalah tersebut mestilah diterbitkan pada tahun penerbitan yang dinilai. Tarikh penerbitan preview / early view tidak dipertimbangkan.
  5. Afiliasi antarabangsa jelas dapat dilihat dalam penerbitan ini.


KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH

  1. Setiap permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi bagi tujuan pemilihan pemenang;
  2. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi adalah muktamad;
  3. Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor seperti berikut:
    I) Keaslian penyelidikan dan impak kepada bidang ilmu;
    II) Sumbangan kepada bidang ilmu, masyarakat, dan/atau negara;
    III) Impak kepada alam sejagat;


PERATURAN

  1. Semua pemilihan perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.
  2. Dokumen pemilihan akan diserahkan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Dokumen lengkap akan dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)