ANUGERAH KECEMERLANGAN PASCA
HADIAH : RM1,000.00

ASAS ANUGERAH:

Anugerah ini merupakan satu anugerah untuk memberi penghargaan kepada fakulti yang berjaya mentadbir fakulti dengan baik disamping mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh Universiti.

KRITERIA PEMOHON:

  1. Pemohon merupakan fakulti yang mempunyai dan menunjukkan kualiti penyeliaan yang merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penyeliaan, bimbingan dan tadbir urus pascasiswazah yang mantap dan berkualiti.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Bilangan program akademik pascasiswazah
  2. Bilangan pelajar pascasiswazah lokal dan antarabangsa
  3. Bilangan pelajar bergraduat dalam tempoh
  4. Nisbah pelajar pensyarah
  5. Bilangan penerbitan Scopus oleh pelajar
  6. Bilangan dan peringkat anugerah
  7. Bilangan dan peringkat pembentangan

SYARAT:

  1. Penilaian berdasarkan tahun semasa
  2. Semua fakulti WAJIB untk menghantar penyertaan
  3. Hanya satu penerima terbaik sahaja

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)