ANUGERAH KECEMERLANGAN HARTA INTELEK
NILAI HADIAH: RM500.00

ASAS ANUGERAH
Anugerah Kecemerlangan Harta Intelek yang diberikan kepada akademia/kakitangan akademik/pensyarah merangkumi yang mempunyai sijil paten baharu harta intelek yang diwartakan, sijil paten baharu yang difailkan, teknologi baharu yang dipatenkan, teknologi baru yang difailkan, harta intelek yang boleh dikomersialkan, teknologi yang boleh dilesenkan atau harta intelek selain paten seperti trademarks, hakcipta, industrial designs, circuit, pelan bangunan, perisian, lirik lagu, architectural drawing, geographical indication, layout design dan jenis-jenis harta intelek yang diiktiraf oleh MyIPO.


KRITERIA PEMOHON
Anugerah akan dipertimbangkan bagi akademia/kakitangan akademik/pensyarah yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Ahli akademik UPSI yang telah mendaftar harta intelek produk penyelidikan.
  2. Produk yang telah didaftarkan Harta Intelek melalui PPP! daripada MyIPO/Pejabat Harta Intelek
  3. Penilaian anugerah diambil kira bermula pada 1/1/2020 sehingga 30/11/2020.

 

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH

  1. Produk harta intelek telah berdaftar dengan PPPI.
  2. Produk harta intelek yang mempunyai sijil paten baharu yang diwartakan akan diberi keutamaan bergantung kepada keputusan muktamad oleh jawatankuasa penilai.
  3. Produk yang mempunyai harta intelek yang boleh dikomersialkan.
  4. Produk yang mempunyai harta intelek yang telah memenangi pelbagai anugerah di pertandingan ekspo penyelidikan seperti ITEX, PECIPTA, MTE dan lain-lain.
  5. Kumulatif pemfailan harta intelek yang diterima oleh pensyarah/ahli akademik berkenaan.


PERATURAN

  1. Semua pemilihan perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.
  2. Dokumen pemilihan akan diserahkan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Dokumen lengkap akan dihantar kepada:


Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)