ANUGERAH JABATAN TERBAIK
NILAI HADIAH: RM3000.00

ASAS ANUGERAH:

Anugerah yang diberikan kepada jabatan yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar dan kakitangan dari aspek KPI Pelan Strategik UPSI, Program Akademik, Kerjasama Antarabangsa, Penjenamaan, 4P (penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan), Penjanaan Kewangan dan 3R (Referred, Relevant, Respected)

KRITERIA PEMOHON:

Anugerah akan dipertimbangkan bagi jabatan terbaik yang memenuhi kriteria berikut :

  1.  Perkhidmatan pengurusan yang cemerlang dari aspek KPI, Program Akademik, Kerjasama Antarabangsa, Penjenamaan (Media), 4P-RMIC, Penjanaan Kewangan, 3R (Referred, Relevant, Respected) dan kumalatif anugerah yang diterima oleh pensyarah jabatan berkenaan.
  2. Penilaian anugerah diambil kira bermula pada 1/1/2020 sehingga 30/11/2020.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Pencapaian minimum 80%  dalam KPI jabatan yang selari dengan KPI fakulti dalam tahun semasa. 
  2. Pelaksanaan Mou atau MoA dengan agensi luar negara dalam tahun semasa;
  3. Merancang dan melaksanakan inovasi PdP di peringkat jabatan.
  4. Pencapaian 80% KPI keseluruhan  aspek penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomesialan (4P) yang dinilai oleh pihak RMIC pada tahun semasa.
  5. Memberi sumbangan dalam pelaksanaan program akademik di Fakulti
  6. Pencapaian kumulatif keseluruhan anugerah yang berkaitan anugerah akademik yang diperoleh oleh jabatan dalam tahun semasa seperti skor berikut :
    • Peringkat Antarabangsa : 10 poin
    • Peringkat Kebangsaan : 8 poin
    • Peringkat Universiti : 2 poin.

SYARAT:

  1. Fakulti perlu membuat saringan di peringkat fakulti dan menghantar jabatan yang terbaik sahaja.
  2. Sila sertakan bukti saringan di peringkat fakulti.
  3. Jabatan yang melepasi saringan perlu membuat pembentangan dalam tempoh 30 minit pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

PERATURAN:

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, 30 November 2020.

  1. Semua permohonan perlu diperakukan oleh Dekan atau Pengarah.
  2. Dokumen-dokumen seperti di atas perlu sampai kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:

Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)