SYARAT & PERATURAN

Syarat dan Peraturan Anugerah Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (PdP)

ASAS ANUGERAH:

Anugerah Inovasi PdP ini adalah wadah bagi memberi pengiktirafan dan sanjungan terhadap sumbangan kakitangan akademik dalam membangunkan dan melaksanakan inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di UPSI.

KRITERIA PEMOHON:

  1. Kakitangan akademik UPSI yang mempamerkan inovasi secara individu atau berkumpulan dan digunakan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran serta memberikan kesan dan impak yang tinggi kepada hasil pembelajaran pelajar.
  2. Ketua bagi penyertaan secara berkumpulan adalah merupakan kakitangan akademik warganegara Malaysia.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  • Inovasi yang dihasilkan perlu memberi impak mencapai sekurang-kurangnya satu (1) hasil pembelajaran pelajar.
  • Semua penyertaan dalam bentuk projek atau inisiatif memikir dan mereka bentuk semula pendidikan tinggi akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:
    a. Rasional – motivasi dan isu/permasalahan utama yang menggerakkan pemikiran dan reka bentuk semula
    b. Pendekatan – pendekatan atau pemikir inisiatif dan reka bentuk semula yang digunakan.
    c. Keterlibatan Pelajar – pelajar terlibat dalam pengalaman pembelajaran bermakna.
    d. Impak atau keberkesanan Projek – Impak utama projek ke atas pencapaian pembelajaran pelajar

  • Inovasi boleh dibahagikan kepada Lima (5) kategori seperti berikut:
    a. Inovasi Pembelajaran Imersif Maya – Inovasi yang menggunakan pendekatan atau aplikasi imersif maya (80% penawaran kursus secara dalam talian) (contoh: VR, AR, Simulasi Virtual, MOOCs atau LMS) yang berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran imersif yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.
    b. Inovasi Pembelajaran Imersif Teradun – Inovasi yang menerapkan persekitaran pengalaman pembelajaran imersif teradun, iaitu yang menggabungkan pembelajaran dalam talian dan bersemuka (30-79% penawaran kursus secara dalam talian) (contoh: Blended Learning, Flipped Classroom) yang memberikan impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.
    c. Inovasi Pembelajaran Imersif Bersemuka – Inovasi yang menggunakan model atau pendekatan pengalaman pembelajaran imersif secara bersemuka (secara fizikal) yang memberi impak mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian hasil pembelajaran kursus (lebih 70% penawaran kursus secara bersemuka);
    contoh: Service-based Learning, Community-based Learning, Challenge-based Learning, Work-based Learning, Problem Based Learning
    d. Inovasi Pengajaran Transformatif – Inovasi yang menggunakan kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif dan interaktif terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar (active learning).
    e. Inovasi Pentaksiran Alternatif – Inovasi yang menggunakan kaedah pentaksiran dalam bentuk yang bukan konvensional tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif; kaedah yang diketengahkan boleh digunakan untuk pentaksiran formatif, autentik, assessment as learning dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu hasil pembelajaran secara efektif, khususnya ke atas pencapaian hasil pembelajaran dan keterlibatan pelajar.

  • Memberi impak terhadap kualiti PdP dan membantu pelajar menguasai ilmu yang dipelajari.

SYARAT PEMOHONAN:

Pemohon perlu memuatnaik portfolio yang mengandungi:
a. Maklumat kursus
b. Maklumat hasil pembelajaran kursus
c. Rasional
d. Pendekatan
e. Keterlibatan  pelajar
f. Impak pembelajaran
g. Impak keseluruhan inovasi

SYARAT KHUSUS:

  1.  Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan akademik di UPSI yang menghasilkan inovasi secara individu atau berkumpulan (maksimum empat (4) orang ahli termasuk ketua kumpulan) dan digunakan sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran.
  2. Ketua merupakan warganegara Malaysia

Rujukan juga boleh dibuat di:
http://jpt.mohe.gov.my/akri

NILAI HADIAH:

  • Inovasi Pembelajaran Imersif Maya – RM 1000
  • Inovasi Pembelajaran Imersif Teradun – RM 1000
  • Inovasi Pembelajaran Imersif Bersemuka – RM 1000
  • Inovasi Pembelajaran Transformatif – RM1000
  • Inovasi Pentaksiran Alternatif – RM 1000
Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JKPU