ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
NILAI HADIAH: RM2000.00

ASAS ANUGERAH
Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di UPSI di mana harta intelek didaftar di UPSI. Produk tersebut mestilah dikomersialkan dan memberi impak dari segi penjanaan ilmu, peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan perkembangan ekonomi negara.


KRITERIA PEMOHON
Anugerah akan dipertimbangkan bagi akademia/kakitangan akademik/pensyarah yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Ahli akademik UPSI yang telah melakukan aktiviti pengkomersialan berdasarkan penyelidikan melalui UPSI.
  2. Produk yang telah dikomersialkan dan menjana pendapatan (jualan kasar) dan kumalatif anugerah inovasi dan pengkomersialan yang diterima oleh akademia/kakitangan akademik/pensyarah berkenaan.
  3. UPSI dan penyelidik mestilah mendapat pulangan hasil daripada pengkomersialan produk berkenaan (royalti, yuran pelesenan, bayaran perundingan).
  4. Penilaian anugerah diambil kira bermula pada 1/1/2020 sehingga 30/11/2020.


KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH
Penilaian Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk akan mengambil kira perkara berikut:

  1. Produk pengkomersialan yang telah didaftarkan dengan UPSI.
  2. Telah mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian pengkomersialan di antara universiti atau syarikat / enterprise berdaftar.
  3. Telah menjana nilai jualan kasar kumulatif sekurang-kurangnya RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) dan sebahagian daripada pendapatan pengkomersialan tersebut telah disalurkan kepada UPSI serta penyelidik.
  4. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.
  5. Mampu menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baru.
  6. Terdapat usaha ke arah kelestarian perniagaan termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
  7. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan (R&D&C).
  8. Produk inovasi yang mempunyai nilai tertinggi hasil pendapatan kasar akan diberi keutamaan bergantung kepada keputusan muktamad oleh jawatankuasa penilai.


PERATURAN

  1. Semua pemilihan perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.
  2. Dokumen pemilihan akan diserahkan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerima Hari Akademia UPSI.
  3. Dokumen lengkap akan dihantar kepada:


Pusat Pembangunan Akademik
Aras 3, Bangunan Caselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)