ASAS ANUGERAH:
Anugerah ini diberikan kepada Profesor Madya yang telah mencapai kecemerlangan luar biasa dalam aspek pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi, pentadbiran dan pengurusan, sumbangan dan pengiktirafan serta tanggung jawab sosial kepada universiti, masyarakat dan negara.
KRITERIA PEMOHON:
Permohonan/pencalonan ini dibuka hanya kepada Profesor Madya UPSI (yang sedang berkhidmat secara sepenuh masa, atau berjawatan hakiki) dan warganegara Malaysia.
Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.
PENYELIDIKAN:
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Individu yang melaksanakan aktiviti penyelidikan yang releven, berimpak tinggi dan hasilnya menjadi rujukan. Penyelidikan mengambil kira nilai geran, bilangan geran dan geran yang diperoleh daripada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa.
PENERBITAN:
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang menghasilkan penerbitan karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dan memberi sumbangan kepada bidang ilmu serta menjadi rujukan. Seperti buku, jurnal, laporan teknikal, karya terjemahan dan lain-lain.
PENYELIAAN:
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai bilangan pelajar-pelajar penyeliaan tesis atau projek tahun akhir (sebagai penyelia utama) yang telah tamat iaitu bagi pelajar pada peringkat pengajian doktor falsafah atau sarjana, sarjana muda dan diploma.
PENGAJARAN:
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada staf akademik yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Pengajaran dalam disiplin ilmunya di peringkat doktor falsafah atau sarjana, sarjana muda dan diploma.
PERUNDINGAN:
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan pada ahli akademik yang komited dalam perundingan berbayar dan diiktiraf berdasarkan kepada hasil perundingan dan kerja-kerja khusus mereka. Para penerima anugerah telah menjalankan projek usaha sama dengan industri atau sektor kerajaan yang releven dan cemerlang. Khidmat perundingan yang disumbangkan membawa pulangan kepada organisasi.
HASIL INOVASI:
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan pada ahli akademik yang telah berjaya menghasilkan inovasi iaitu hasil kreativiti dan inovasi yang berimpak tinggi sama ada dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Hail inovasi telah mendapat pengiktirafan harta intelek iaitu telah mendapat hak cipta, paten, tanda perniagaan dan lain-lain.
PENGIKTIRAFAN DAN SANJUNGAN:
Anugerah dan sanjungan yang diterima oleh ahli akademik di peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa, termasuk pengucaptama, penceramah undangan, panel pakar rujuk, lembaga pengarang jurnal, wasit makalah dan buku, pemeriksa tesis, penilai program akademik, penilai kenaikan pangkat, penilai kesepakaran dan penampilan dalam media.
KHIDMAT IKTISAS DAN KHIDMAT MASYARAKAT:
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada ahli akademik yang telah memberi sumbangan dari aspek khidmat ikhtisas iaitu khidmat yang diberikan berdasarkan bidang kepakaran. Anugerah juga diberikan untuk sumbangan kepada aktiviti-aktiviti khidmat kepada masyarakat iaitu penglibatan dan sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan di luar bidang tugas. . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah pembangunan pembelajaran dan pengajaran, peningkatan kebolehpasaran graduan, pembangunan penyelidikan dan inovasi, perolehan dana, serta peningkatan keupayaan sosio ekonomi industri, pendidikan, kesihatan, persekitaran, teknologi dan lain-lain.
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:
SYARAT:
Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:
PERATURAN: