ANUGERAH IKON GURU
NILAI HADIAH: RM1,000.00


ASAS ANUGERAH:

Anugerah yang diberikan kepada seorang pendidik yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang di peringkat Universiti, Kebangsaan atau Antarabangsa. 

KRITERIA PEMOHON:

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Ikon guru hendaklah seseorang yang boleh dijadikan contoh 3R (Referred, Relevant, Respected) dalam pelbagai bidang. Sumbangan beliau dalam bidang tersebut secara berterusan dan merangkumi semua peringkat (dalam negara dan antarabangsa).
  2. Sumbangan dan kejayaan calon perlu meliputi:
    - guru yang telah berkhidmat cemerlang sekurang-kurang 3 tahun;
    - sumbangan dan kejayaan calon meliputi 3 tahun sebelumnya termasuk tahun semasa.
    - meliputi bidang serta memberi manfaat kepada semua, mampu menjadi legasi/ingatan kepada negara khususnya

UPSI/KPT:

calon bergiat aktif dalam penerbitan, inovasi, pengkomersialan, khidmat masyarakat atau jaringan luar.

  1. Calon Ikon Guru hendaklah seseorang yang mampu mempengaruhi orang lain dalam sumbangan bakti, kecemerlangan kerjaya, berkeperibadi tinggi, menjadi contoh ikutan “Role Model” kepada semua dan mampu memberi impak kepada perkembangan sahsiah diri kakitangan/pelajar.
  2. Calon yang pernah dianugerahkan sebagai Ikon Guru tidak boleh dicalonkan semula selama 3 tahun selepas penganugerahan diberikan.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH:

  1. Markah LNPT minimum 85% (3 tahun berturut-turut)
  2. Sumbangan dalam bidang kerja 
    a) Penerbitan (prosiding, artikel jurnal/buku/bab dalam buku/modul pengajaran/artikel dalam akhbar dan makalah)
    b) Inovasi/Pengkomersialan 
  3. Sumbangan pada komuniti setempat/universiti/kementerian/kebangsaan/antarabangsa
  4. Penilaian Keperibadian Pegawai oleh Ketua Jabatan. 

SYARAT:

  1. Terbuka kepada semua Guru (DG) berjawatan Tetap/Kontrak di UPSI.
  2. Memenuhi syarat LNPT minimum 85% dan ke atas (3 tahun berturut-turut).
  3. Tidak dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh perkhidmatan.

PERATURAN:

  1. Pemohon boleh mencalonkan diri sendiri/dicalonkan oleh pegawai lain/Ketua Jabatan.
  2. Pemohon diwajibkan melampirkan bahan bukti bersama-sama borang permohonan. 
  3. Pemohon hanya layak menghantar satu permohonan sahaja bagi kategori ini.

Permohonan perlulah diperakukan dan melalui Ketua Jabatan.

*Jawatankuasa Pemilih berhak menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat. Tiada rayuan dibenarkan. Keputusan Jawatan Pemilih adalah MUKTAMAD.

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Cancelori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 05-450 6453
Emel: ppa@upsi.edu.my
Hakcipta Terpelihara 2020 © Anugerah Akademia UPSI (A2U)